Akad Nikah Pakcik Di Kelantan

9:30 PG

Aku : Aku terima nikahnya bla bla bla dengan mas kahwinnya sebanyak bla bla bla tunaiii.

Saksi : sah !!



Kuang kuang kuang


Saja nak berfantasi sekejap apabila aku akad nikah nanti. InsyaAllah dalam masa 3 tahun lagi  aku akan berkahwin dengan perempuan pilihan aku. Aisehmen aku pula yang terlebih bawa emosi dan feeling nak kahwin. Pada hal yang baru melansungkan perkahwinan  adalah pakcik aku iaitu selaku adik kepada emak.

Semalam Aku dan keluarga pergi je area Pengkalan Chepa, Kelantan kerana ada upacara akad nikah pakcik. Perjalanan daripada Besut ke Pengkalan Chepa takde jauh sangat dan hanya mengambil masa selama 1 jam saja. Sebenarnya ini kali pertama aku lihat akad nikah depan mata aku sendiri di mana aku dan pengantin lelaki hanya bersebelahan saja kerana aku disuruh oleh emak untuk ambil gambar sepanjang akad nikah tu.

Upacara akad nikah berlangsung sambil disaksikan oleh ahli keluarga pengantin perempuan dan lelaki dan alhamdulillah dengan 2 kali lafaz, akad itu pun selesai. Kali pertama lafaz sudah lancar cuma sangat perlahan  suara jadi tok imam pun minta untuk lafaz sekali lagi. Selesai saja akad nikah, sesi bergambar dan menyarungkan cincin dilakukan





p/s : Aktiviti hari ni tak tau nak buat ape

You Might Also Like

4 ulasan