Musim Esaimen Mula Menyerang

12:14 PG


Selamat malam kepada semua pelajar lelaki dan perempuan yang cun. Esaimen dah siap belum ?

Sekarang dah masuk minggu ke...... Aiseh !! Aku pun dah lupa minggu ke berapa untuk semester ni. Biasa la pelajar cemerlang mana nak ingat minggu ke berapa dah sekarang ni. Sedar tak sedar dah masuk study week dan final exam baru la nak gabra tak tentu pasal sebab dalam kepala tak tahu pape pun. Tapi sebelum nak sampai ke final exam tu, kena tempuh dulu dengan halangan esaimen dan pelbagai kerja seperti lab report dan mini projek.

Kalau korang selalu tengok movie, kebanyakan scene yang tayang student life sangat enjoyable dan takde serabut dengan esaimen yang banyak. Boleh cintan cintun, hujung minggu siap boleh pergi camping lagi plus round 1 malaysia dan kalau hari biasa siap boleh sembang-sembang and adakan game tournament kat dalam bilik. Well itu kan dalam movie tapi kalau real student life macam dalam movie tu mesti sangat seronok kan ?

So sekarang kembali ke dunia nyata yang mana student life takde la enjoyable sangat seperti yang selalu kita nampak dalam movie tu. Faktanya sangat banyak dengan kerja dan esaimen yang diberi. Speaking of assignment, setakat ni kelas aku hanya 1 subjek yang sentiasa beri esaimen pada setiap minggu dan itu pun sudah cukup penin untuk selesaikan.


Esaimen boleh dikatakan sebagai proses evolusi berdasarkan apa yang dipelajari dalam kelas. Bagi yang masih kurang jelas, korang boleh la tengok gambar kat atas bagi faham ape perbezaan esaimen dan juga apa yang diajar di dalam kelas. Aku boleh kata bukan semua esaimen seperti dalam gambar di atas but most of them is Yes terutama sekali kepada engineering student. Medic student, biology student, bussiness student aku tak tahu macam mana konsep esaimen diorang tapi boleh jadi macam ni juga kot.

Another trick adalah kebanyakkan soalan esaimen biasanya diambil daripada buku rujukan yang tebal sampaikan baling atas kepala orang pun boleh sebabkan mati. So siapa yang beli buku rujukan yang tebal tu biasanya mereka ini berjaya siapkan esaimen dengan baik dan mendapat jawapan seperti yang dikehendaki oleh pensyarah. Aku pula.... Ehem aku macam biasa la mana rajin nak beli buku pelajaran. Kat rumah penuh 1 rak buku dengan buku cerita and....and....and buku pelajaran subjek universiti yang pernah aku beli adalah buku C Programming yang mana aku selalu je baca pada setiap musim cuti semester.

Itu baru cakap pasal esaimen dan kalau aku masuk pasal final exam memang sampai esok pun tak siap menaip post ni lagi. Esaimen sebenarnya sangat seronok kalau buat dengan senang dan berdasarkan dalam nota tapi kalau dah hadap buku tebal, cari internet dan tanya orang pun tak dapat pape, yang tu memang sakit hati la jawabnya. 

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Haha.pecah kepala.tbe2 dpt esaimen b'lmbk..smpai xtaw mana 1 nk bt.adat lah kn.redha gler la.nk b'jya kna ssh2 dlu dop?hee

    BalasPadam
  2. esemen cik suha pon dh mula menyerang..aarggghhh (sawan katak) haha

    BalasPadam