Lelaki Selalu Ganggu Perempuan Versi Programmer

4:19 PTG

Lepas jumaat tadi aku ada terpandang statement seorang perempuan kat facebook dengan ayat " Lelaki ni tak serik-serik asyik duk ganggu aku je ". Mulanya aku rasa agak loya dan nak muntah darah sebab nampak ayat macam syok sendiri je lebih dan perasan sangat ade lelaki duk ganggu pada hal sebenarnya Forever Alone je. Tapi tibe-tibe aku terfikir memang benar dan sangat ramai pun lelaki yang tak henti-henti duk kacau perempuan. Why eh ? Why boys sangat suka kacau perempuan ? Tak leh ke mereka kacau sesama lelaki lain? 

First of all, lelaki yang kacau perempuan ni adalah normal and straight guy manakala yang lelaki yang kacau lelaki pula adalah... erk... mungkin GAY kot. So kalau ada lelaki yang kacau kaum hawa ni maknanya mereka sangat normal dan takde terpesong masuk simpang yang salah. Tapi aku faham girls rasa sangat annoying dengan gangguan lelaki especially mamat-mamat yang entah datang dari petala langit yang ke berape tah tibe-tibe kacau korang kan ? Even aku lelaki pun rasa annoying gak dengan perempuan yang tak kenal tibe-tibe duk chat kat fb. Tapi kalau cun, memang sah akan layan jugak :P

Demn ! aku dah lari topik pulak. Bila aku terfikir pasal lelaki yang tak berhenti-henti kacau perempuan, aku jadi teringat pasal computer programming pulak. Ini kerana program akan sentiasa repeat selagi condition tidak memenuhi ape yang programmer nak. Jadi analogi yang lebih jelas dapat korang tengok kat gambar di bawah ni.


Kalau lelaki yang tak mudah putus asa nak kacau perempuan tu, memang susah la nak elak sebab selagi mereka tak dilayan, selagi tu mereka akan cuba. Agak menakutkan kalau ada lelaki macam tu kacau korang kan ? Tapi most lelaki masih lagi manusia normal walaupun mereka ni bertindak umpama program komputer. Sebagai contoh bila dah 10 kali mencuba kacau perempuan tu tapi girl tak layan jugak, biasanya mereka akan give up dan stop ganggu perempuan tersebut seperti analogi program di bawah.


So pendek panjang ceritanya, lelaki akan terus kacau perempuan dan lebih suka kacau jika mereka tak menerima sebarang respon daripada girl tersebut. Macam mana nak atasi lelaki macam ni ? Biasanya kalau ignore je lelaki macam ni nanti lama-lama mereka give up la. Tapi watch out kalau korang diganggu dengan lelaki yang tak pernah give up. Bahaya woooo. Masa depan korang akan terancam tau sampai rumah tangga korang pun takkan aman. hehe just kidding tapi ade je kes macam tu.


You Might Also Like

2 ulasan