Ketagih Gardenia Bun Sambal Bilis

12:59 PG

Aku kalau ketagih mesti bab makan. Sebab tu badan dah makin gemok. Tapi mummy asyik membebel je bila asyik makan. Kira oke la kan aku ketagih makan. Kalau aku ketagih rokok ke, ketagih dadah ke, ketagih perempuan ke mesti lagi teruk ... Alamak bab perempuan tu memang x dapat nak elak sebab aku lelaki normal. Hehehe. Jadinya aku mula makan Gardenia Bun Sambal Bilis ni pada semester lepas. Roti ni dah lama wujud di pasaran Malaysia cuma aku je bodoh sombong x nak cuba rasa.

Bila sekali cuba rasa semester lepas, nah amik kau, terus rasa nak makan selalu. Best wooo sumpah aku tak tipu pon. Selain tu aku pernah cuba rasa yang jenama High Five ikan bilis jugak tapi takleh challenge yang Gardenia lagi. Dengan Gardenia, roti bun yang lembut dan gebu ditambah dengan rasa ikan bilis yang kena dengan selera aku terus buatkan hati aku jatuh cinta. Dan sekarang hampir tiap hari aku beli roti ni. Kadang2 lepas makan malam pun sempat lagi beli bun ikan bilis ni untuk bekalan makanan sejam kemudian.

P/s : sem ni tah ape makanan lain plak yang aku ketagih.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

You Might Also Like

4 ulasan

  1. Heqhehehe so kira abad baru zaman millenium nie ketagih bun ikan bilis normal la eh ,??? :p

    BalasPadam
  2. selalu makan roti ni..memang high five tak sedap sangt sebab sambal dalam dia macam lembik sangt..roti dia pun macam kembung angin..heheh

    BalasPadam
  3. adfeez : normal kot. asik duk makan ni je

    diana : ha ah high five x sedap kak. rase pon lain macam dah.

    izzat : yer sangat best

    BalasPadam