Seminggu Menggunakan Asus Zenfone 6

7:01 PG


Semalam genap seminggu menggunakan Asus Zenfone 6. Jadi aku hanya ada sedikit pengalaman yang nak dikongsi disini. Diharapkan apa yang dikongsi disini berguna bagi yang teringin untuk guna telefon ini pada masa depan.

Mula2 sekali aku nak sentuh dari segi performance. Setakat ni aku berpuas hati dari segi sensitiviti skrin sentuh, play back video, dengar lagu, dan penggunaan applikasi sosial seperti whatsapp, twitter, email, blog dan fb.

Kalau dari segi prestasi permainan pula aku tak dapat nak kongsi pengalaman sebabnya buat masa ni aku masih tak install aplikasi game. Lagipun memang tujuan asal aku beli telefon ni bukan untuk bermain game.


Yang paling aku suka dan puas hati adalah penggunaan bateri. Telefon ini menggunakan bateri berkuasa 3230 mAh dan setakat ni dengan penggunaan yang biasa serta tidak terlalu heavy usage menggunakan sambungan wifi, telefon ini mampu bertahan selama lebih 30 jam.

Tapi dengan menggunakan bateri sebesar ni, aku terpaksa ambil masa yang lama untuk cas bateri sehingga penuh. Biasanya cas 3 jam 15 minit baru dapat full 100%.

Bagi yang nak cas laju boleh guna adapter fast charger yang dijual di kedai. Selain tu boleh juga gunakan power bank kalau tak sanggup nak tunggu 3 jam semata-mata nak tunggu bateri penuh.

Buat masa sekarang hanya diatas ni yang dapat aku kongsikan kat sini. Nanti dah lama guna dan kalau ada masalah yang berkaitan dengan telefon ni, aku akan kongsi lagi disini.


Sent from Asus Zenfone 6 Smartphone. Posted via Blogaway

You Might Also Like

0 ulasan