Tahun Baru Fon Baru : Asus Zenfone 6

3:20 PG

Dalam post Perancangan Bulan Oktober, aku ada beritahu bahawa aku nak tukar smartphone. Blackberry Curve 9300 yang aku guna selama 2 tahun telah banyak berajasa dan sudah sampai masa untuk aku menaik taraf demi memenuhi keperluan semasa. Cewah ayat nak cliche aje.

Fon baru yang bakal menggantikan BB adalah Asus Zenfone 6. Dibeli pada 2 Januari 2015 dan mungkin serta kemungkinan besar akan terus guna sampai Disember 2016. Itupun kalau fon ni dapat bertahan selama 2 tahun dan harap2 dapat bertahan selama tempoh tersebut.


Harga yang aku beli RM 750 walaupun sepatutnya boleh dapat RM 700 di Asus Store tetapi kebanyakan Asus Store yang aku lawati semuanya telah kehabisan stok bagi model ini.

Yang saiko dan hasut aku untuk beli fon ni adalah kerana ia dilengkapi dengan kamera 13 mega pixel. Sangat sesuai untuk ambil gambar dan boleh la aku bersemangat untuk rajin update blog.

So ini lah dia fon yang aku idamkan sejak 3 bulan yang lepas. Akhirnya terbeli jugak. Tunggu update seterusnya daripada aku menggunakan fon ini. Adios.

You Might Also Like

0 ulasan