Hujung Minggu Yang Panas

3:55 PTG

16 April 2016 Jatuh pada hari sabtu, iaitu hujung minggu tapi aku dan isteri hanya luangkan masa di rumah je sebabnya hari panas dan risau kalau banyak keluar nanti kena demam terutama sekali isteri aku yang mudah sangat jatuh sakit.

Jadi waktu yang sesuai untuk keluar adalah waktu malam. Biasanya aku selalu keluar lepas maghrib tapi takde keluar jalan jauh. Keluar sekadar makan malam dan ambil angin sambil tengok manusia lain je.

Aktiviti malam tu keluar untuk makan nasi ayam a.k.a Chicken Rice Shop dekat Subang Parade. Perancangan awal ingat nak makan sushi tapi awal bulan hari tu dah makan sushi jadi sebab tu kali ni pilih menu untuk makan malam sebagai nasi ayam.

Ada gaya macam orang nak ajak join bisnes MLM tak ? 
 


Muka kelaparan tak sabar nak makan tu 
 



Happy Firdaus is happy 
 
Lepas kenyang dengan nasi ayam, pergi MPH bookstore untuk tengok dan cari kalau-kalau ada buku menarik.





Tajuk Buku : Aduh Pening, Aku Alergik Cinta. Errmmmm

Sayangnya lepas pusing punya pusing takde jumpa buku yang menarik minat pun. Banyak buku pelajaran sekolah dan novel-novel yang kurang menarik. 

Lepas penat pusing, dalam pukul 10 malam aku dan isteri gerak pulang ke rumah untuk sambung rehat. Esoknya pula kena pergi melawat ke rumah nenek isteri aku. 

Sekian...

You Might Also Like

2 ulasan

  1. cantik la gambar macam ni..nak kena beli lense yang pasang kat enpon la nampaknya..nak beli camera besar tak de duit..hahah

    BalasPadam
  2. Diana : ig shop banyak yg jual lens mcm ni untuk fon. try la beli kak, nak tgk gak hasil camana nanti

    BalasPadam