Senaman Ringkas Dengan Berjalan Kaki

3:29 PTG

Senaman Ringkas Dengan Berjalan Kaki bukannya sesuatu yang baru. Bagi yang tak larat nak berlari atau memang sangat malas berlari seperti saya ni, berjalan kaki adalah senaman yang cukup mudah dan tidak terlalu memenatkan.

Selepas beberapa bulan tidak melakukan aktiviti senaman, minggu lepas saya kembali keluar dari rumah pada waktu petang dan melakukan aktiviti berjalan.

Target saya pada setiap hari adalah melakukan sebanyak 5000 hingga 6000 langkah. Kalau anda seorang yang rajin boleh cuba letakkan target dan capai 10 ribu langkah setiap hari.

Sepanjang minggu lepas saya hanya berjalan kaki sahaja. Selepas lama tak bersenam tak boleh terus mula dengan aktiviti berat, kena mula secara perlahan-lahan dulu.

Kemudian bermula pada minggu ni saya sudah berselang seli berjalan dan berlari. Saya berlari selama 1 minit dan bila penat saya akan berjalan selama 5 minit.


Gambar diatas adalah rekod aktiviti berjalan kaki yang saya lakukan semalam. Semalam saya telah berjaya buat 6272 langkah dalam masa 39 minit. Dah melebihi target saya untuk buat 6 ribu langkah setiap hari.

Kalau tengok jarak pula adalah sebanyak 4.6km. Rasanya jarak ni tidak boleh diguna kerana saya rasa tak mungkin sampai 4.6 km saya berjalan. Mungkin separuh je dalam 2.5km.

Hari ni kalau tak ada halangan saya akan teruskan lagi aktiviti berjalan kaki ni. Nanti saya post hasil aktiviti yang saya lakukan pada petang.

You Might Also Like

0 ulasan